Sunday, December 5, 2010

PERSOALAN DI MINDA

Aku tertanya-tanya apa yang patut aku tanya dan mencari-cari apa yang patut aku cari. Dari blog http://ms.langitilahi.com/bahan/ aku terjumpa sebahagian dari persoalan diri yang sudah aku tahu jawapannya tetapi mungkin hatiku yang berkarat ini hanya memandang ringan pada jawapan yang telah jelas datang dari Tuan kepada diri ini,  bahan yang bertajuk:

MENGAPA MANUSIA DICIPTAKAN
DAN APAKAH TANGGUNGJAWABNYA ?


Persoalan  Pertama:  Dari manakah kita datang ?/ where are we come from?

Jawapannya  akan kita dapati dari Firman Allah s.w.t / then we get the answer from surah Al Hajj ayat 5; 

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِن كُنتُمۡ فِى رَيۡبٍ۬ مِّنَ ٱلۡبَعۡثِ فَإِنَّاخَلَقۡنَـٰكُم  مِّن تُرَابٍ۬ ثُمَّ مِن نُّطۡفَةٍ۬ ثُمَّ مِنۡ عَلَقَةٍ۬ ثُمَّ مِن مُّضۡغَةٍ۬    مُّخَلَّقَةٍ۬ وَغَيۡرِ مُخَلَّقَةٍ۬ لِّنُبَيِّنَ لَكُمۡ‌ۚ وَنُقِرُّ فِى ٱلۡأَرۡحَامِ مَا نَشَآءُ إِلَىٰٓ أَجَلٍ۬ مُّسَمًّ۬ى ثُمَّ نُخۡرِجُكُمۡ طِفۡلاً۬ ثُمَّ لِتَبۡلُغُوٓاْ أَشُدَّڪُمۡ‌ۖ وَمِنڪُم مَّن يُتَوَفَّىٰ وَمِنڪُم مَّن يُرَدُّ إِلَىٰٓ أَرۡذَلِ ٱلۡعُمُرِ لِڪَيۡلَا يَعۡلَمَ مِنۢ بَعۡدِ عِلۡمٍ۬ شَيۡـًٔ۬ا‌ۚ وَتَرَى ٱلۡأَرۡضَ هَامِدَةً۬ فَإِذَآ أَنزَلۡنَا عَلَيۡهَا ٱلۡمَآءَ ٱهۡتَزَّتۡ وَرَبَتۡ وَأَنۢبَتَتۡ مِن ڪُلِّ زَوۡجِۭ بَهِيجٍ۬ (٥)
Terjemahannya:
“ Wahai sekelian manusia, jika kamu masih ragu-ragu terhadap hari Qiamat, sesungguhnya Kami (Allah s.w.t) telah jadikan kamu dari tanah, kemudian  daripada air mani, dari  air mani menjadi darah sampai ia menjadi sepotong daging yang telah sempurna kejadiannya dan yang belum sempurna, supaya Kami beri keterangan kepada kamu dan Kami tetapkan di dalam kandungan (rahim) ibu mengikut kehendak Kami, sampailah waktu tertentu maka Kami keluarkan kamu dari kandungan ibumu menjadi kanak-kanak sampai kamu menjadi  orang dewasa. Di antara kamu ada yang dimatikan dan ada yang dipanjangkan   hidupnya sampai terlalu tua hingga tidak mengetahui apa-apa sedangkan sebelumnya kamu mengetahui 
(Surah Al Hajj ayat 5)

Translation;
O mankind! if ye are in doubt concerning the Resurrection, then lo! We have created you from dust, then from a drop of seed, then from a clot, then from a little lump of flesh shapely and shapeless, that We may make (it) clear for you. And We cause what We will to remain in the wombs for an appointed time, and afterward We bring you forth as infants, then (give you growth) that ye attain your full strength. And among you there is he who dieth (young), and among you there is he who is brought back to the most abject time of life, so that, after knowledge, he knoweth naught. And thou (Muhammad) seest the earth barren, but when We send down water thereon, it doth thrill and swell and put forth every lovely kind (of growth). (5)

Persoalan Kedua :  Mengapakah kita  didatangkan atau mengapa kita dijadikan oleh Allah s.w.t ?./why Allah created us?

Jawapan kepada persoalan ini terdapat di dalam firman Allah s.w.t :-/then we get the answer from surah Adz Dzariyaat ayat 56

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ

 Terjemahannya:

  Tidak  Aku (Allah) jadikan jin  dan  manusia, melainkan untuk  beribadah (mengabdikan)  diri kepada Ku “
(Surah Adz Dzariyaat ayat 56)

I created the jinn and humankind only that they might worship Me. (Surah Adz Dzariyaat ayat 56)

Menurut al Qaradhawi lagi, bahawa ibadah itu merangkumi  dua tugas besar yang menjadi teras bagi semua perkara yang tersebut sebelum ini. Tugas tersebut adalah:

1.                  Menyeru kepada kemakrufan dan mencegah daripada kemungkaran
2.                  Berjihad ke jalan Allah s.w.t.
Persoalan Ketiga : Kemanakah kesudahan kita ?

Persoalan ini tidak memerlukan kepada huraian yang panjang kerana setiap orang menyedari asal usulnya serta mengetahui akan tugas dan kewajipannya. Maka InsyaAllah ia akan menyedari pula kemanakah kesudahannya. Walaupun demikian, jawapannya tetap telah dinyatakan oleh Allah s.w.t dalam firmanNya:-


وَأَنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلۡمُنتَہَىٰ (٤٢) وَأَنَّهُ ۥ هُوَ أَضۡحَكَ وَأَبۡكَىٰ (٤٣) وَأَنَّهُ ۥ هُوَ أَمَاتَ وَأَحۡيَا (٤٤)
  Terjemahannya:
“ Sesungguhnya kepada Tuhan (Allah) kesudahan kamu (tempat kembali). Dialah yang membuatkan kamu tertawa dan Dia juga yang membuatkan  kamu menangis. Dialah yang mematikan kamu dan menghidupkan kamu kembali “
(Surah An Najm ayat 42 – 44 ) 
And that thy Lord, He is the goal; (42) And that He it is who maketh laugh, and maketh weep, (43) And that He it is Who giveth death and giveth life; (44)   
(Surah An Najm ayat 42 – 44 ) 


No comments:

Post a Comment